`Melentur buluh biarlah ketika rebung"salah satu peribahasa yang menjelaskan betapa pentingnya peranan pentingnya peranan ibubapa atau penjaga dalam menetukan pendidikan terhadap anak-anak.Banyak perkara yang perlu dilakukan bermula dari peringkat awal lagi.
     Sebagai contoh,untuk memupuk minat atau cinta akan bahasa Melayu,ibubapa perlu memainkan peranan penting untuk membudayakan bahasa Melayu di rumah.Ketika anak-anak masih kecil lagi,mereka perlulah diajar menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam pertuturan seharian .Ibubapa juga perlulah menyediakan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu yang baik untuk anak-anak.
        Dalam aspek pergaulan pula,ibubapa hendaklah menunjukkan sikap atau perilaku yang baik terhadap anak-anak.Ibubapa hendaklah adalah cerminan anak-anak kerana mereka lazimnya akan terikut-ikut dengan cara ibubapa mereka.Begitu juga dalam aspek pendidikan agama.Pendidikan awal pada usia rebung adalah masa yang paling sesuai kerana anak-anak mudah menerima apa-apa saja yang disuakan kepada mereka
         Sikap hormat-menghormati antara satu dengan yang lain juga perlu disemaikan kepada anak-anak.Sebagai contoh,anak-anak perlulah diasuh agar menghormati ibubapa,guru-guru,orang tua,tetamu,malah sesiapa saja dalam lingkungan mereka.Anak-anak yang berbudi pekerti baik,secara tidak langsung menjadikan ibubapa mereka mulia dan dihormati orang lain juga.
            Selainitu,ibubapa turut berperanan dalam menetukan corak berpakaian terhadap anak-anak.Corak berpakaian ini banyak dipengaruhi oleh faktor bangsa dan kerturunan.Lazimnya,sewaktu kecil lagi kita telah dibiasakan oleh pakaian mengikut bangsa atau agama yang dianuti.Didiklah anak-anak dengan pakaian yang sopan dan sesuai dengan budaya masing-masing.Semoga apabila anak-anak ini telah dewasa.mereka akan tetap mengekalkan tatacara tersebut
             Oleh itu,maksud peribahasa "Melentur buluh biarlah ketika rebungnya"amat tepat dalam menyatakan peranan ibubapa dalam menetukan bentuk asuhan,didikan,dan amalan terhadap anak masing-masing.Apabila rebung telah menjadi buluh,agak sukar untuk dilentur.