`Melentur buluh biarlah ketika rebung"salah satu peribahasa yang menjelaskan betapa pentingnya peranan pentingnya peranan ibubapa atau penjaga dalam menetukan pendidikan terhadap anak-anak.Banyak perkara yang perlu dilakukan bermula dari peringkat awal lagi.
     Sebagai contoh,untuk memupuk minat atau cinta akan bahasa Melayu,ibubapa perlu memainkan peranan penting untuk membudayakan bahasa Melayu di rumah.Ketika anak-anak masih kecil lagi,mereka perlulah diajar menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam pertuturan seharian .Ibubapa juga perlulah menyediakan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu yang baik untuk anak-anak.

Perumpamaan

1. Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.



2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.



3. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.




Perumpamaan
Maksud
Bagai aur dengan tebingtolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuhbunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintangkecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembiluperasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam dagingsesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petangberjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kukupersahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulitorang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus taliamat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang
Bagai mencencang airmembuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekorseseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labumerosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperd anak ayam kehilangan ibuberpecah dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucingadik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
Seperti api dalam sekamdendam; perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapurmuka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digorengbunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
Seperti cacing kepanasantidak diam atau tenang; selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumputkasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
Seperti harimau menyembunyikan kukunya menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
Seperti katak di bawah tempurung orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
Seperti kera kena belacantidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bungaseseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Seperti kerbau dicucuk hidungseseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
Seperti langit dengan bumiperbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenangmengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita
Seperti pahat dengan penukulorang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Seperti rusa masuk ke kampungberasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru
Seperti tikus jatuh di berasmemperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka
Seperti ular kena palujalan atau barisan yang bengkang-bengkok



Sumber : Website Tatabahasa Bahasa Melayu

Contoh Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'
1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

8. Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

9. Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

10. Ada Bakat
Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada Can
Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

12. Ada Gaya
Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.

13. Ada Hati
Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

14. Ada Jalan
Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-Ada
Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.

16. Adat Balai
Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

17. Adik Angkat
Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

18. Adik Ipar
Maksud: Adik kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik Kandung
Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

20. Adu Buku = Beradu Buku
Maksud: Bertinju.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

Simpulan Bahasa, Perumpamaan dan Peribahasa

Simpulan Bahasa










Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.




Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.