
`Melentur buluh biarlah ketika rebung"salah satu peribahasa yang menjelaskan betapa pentingnya peranan pentingnya peranan ibubapa atau penjaga dalam menetukan pendidikan terhadap anak-anak.Banyak perkara yang perlu dilakukan bermula dari peringkat awal lagi.
Sebagai contoh,untuk memupuk minat atau cinta akan bahasa Melayu,ibubapa perlu memainkan peranan penting untuk membudayakan bahasa Melayu di rumah.Ketika anak-anak masih kecil lagi,mereka perlulah diajar menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam pertuturan seharian .Ibubapa juga perlulah menyediakan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu yang baik untuk anak-anak.
Perumpamaan
Perumpamaan | Maksud |
Bagai aur dengan tebing | tolong-menolong antara satu dengan yang lain |
Bagai bunyi cempedak jatuh | bunyi jatuh yang kuat |
Bagai bulan dipagari bintang | kecantikan gadis yang tiada bandingannya |
Bagai diiris dengan sembilu | perasaan yang sangat pedih |
Bagai duri dalam daging | sesuatu hal yang tidak menyenangkan |
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing | hanya mementingkan diri sendiri |
Bagai itik pulang petang | berjalan lambat sekali |
Bagai isi dengan kuku | persahabatan yang sangat erat |
Bagai kacang melupakan kulit | orang yang tidak tahu mengenang budi |
Bagai kumbang putus tali | amat cepat; terlepas daripada sengsara |
Bagai melepaskan batuk di tangga | membuat sesuatu kerja sambil lewa saja |
Bagai menatang minyak yang penuh | mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang |
Bagai mencencang air | membuat pekerjaan yang sia-sia |
Bagai mural tercabut ekor | seseorang yang becok mulutnya |
Bagai si kudung mendapat cincin | orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh |
Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata | pasangan yang sama padan dan sama cantik |
Bagai tikus membaiki labu | merosakkan lagi barang yang dibaikinya |
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk | kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin |
Seperd anak ayam kehilangan ibu | berpecah dan hilang tempat bergantung |
Seperti anjing dengan kucing | adik-beradik yang suka bergaduh |
Seperti anjing dengan bayang-bayang | orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada |
Seperti api dalam sekam | dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi |
Seperti ayam berak kapur | muka pucat dan tidak bermaya |
Seperti bertih digoreng | bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti |
Seperti cacing kepanasan | tidak diam atau tenang; selalu gelisah |
Seperti embun di hujung rumput | kasih sayang yang tidak berkekalan |
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka | seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak |
Seperti harimau menyembunyikan kukunya | menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya |
Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi | memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan |
Seperti katak di bawah tempurung | orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar |
Seperti kera kena belacan | tidak suka duduk diam |
Seperti kera mendapat bunga | seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain |
Seperti kerbau dicucuk hidung | seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa |
Seperti langit dengan bumi | perbezaan yang amat ketara |
Seperti mengajar itik berenang | mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita |
Seperti pahat dengan penukul | orang yang hanya bekerja apabila diperintah |
Seperti pungguk rindu akan bulan | mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh |
Seperti rusa masuk ke kampung | berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru |
Seperti tikus jatuh di beras | memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka |
Seperti ular kena palu | jalan atau barisan yang bengkang-bengkok |
Sumber : Website Tatabahasa Bahasa Melayu
Contoh Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'
1. Abang Angkat
Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.
2. Abang Ipar
Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.
3. Abang Kandung
Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.
4. Abu Angin
Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.
5. Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.
6. Abu Lahab
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
7. Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.
8. Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.
9. Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.
10. Ada Bakat
Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.
11. Ada Can
Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.
12. Ada Gaya
Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.
13. Ada Hati
Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.
14. Ada Jalan
Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.
15. Ada-Ada
Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.
16. Adat Balai
Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.
17. Adik Angkat
Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.
18. Adik Ipar
Maksud: Adik kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.
19. Adik Kandung
Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.
20. Adu Buku = Beradu Buku
Maksud: Bertinju.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.
Simpulan Bahasa, Perumpamaan dan Peribahasa

Langgan:
Catatan (Atom)